Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
AURAT SEORANG MUSLIMAT
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berlonceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31). Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya
hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang –
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani,Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja –
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya –
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian daripemandangannya – Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan
dari S ura h Al-Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasululla SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka – Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.Apabila seorang perempuan
itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada
seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya
dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An
Nasaii dan Ibnu Majah.
Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59. : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
SEMOGA BERMANFAAT BAGI KITA SEMUA SEBAGAI SEORANG UMAT MUSLIM DAN MUSLIMAT
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh








0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan berkomentar di bawah ini, dan terima kasih kalau anda telah berkomentar di ILMU KITA